_BAB_1
Dudukku sebentar di atas sejadah bertafakkur mengingati dosa dosaku berzikir dan bermuhasabah setelah solat subuh sebelum berangkat untuk ke sekolah. Kini hampir 4 tahun aku menjadi penuntut di Sekolah Agama Sungai Petani. Hari- hariku terasa begitu indah dan hidupku ketika ini penuh keceriaan. Ahmad Miqdad Naufal, nama yang tersusun indah sering menjadi buah bicara rakan-rakanku. Terkenalnya dia di sekolah kerana sifat dan sikapnya yang warak dan kelunakan suaranya ketika mentadabbur kalammullah. Selain itu, dia juga punya wajah ciptaan Tuhan yang indah yang menjadikan ia digilai ramai pelajar perempuan.
Natrah Humaira.....
Natrah...
Natrah....
Aku memalingkan wajahku ke arah si pemanggil. Berdiri di belakangku seorang lelaki yang tinggi lampai bersongkok hitam nipis berbaju pengawas memanggilku dari belakang. Ternyata yang memanggilku adalah Ahmad Miqdad Naufal ketua pelajar sekolahku yang datang menghampiriku. Sungguh aku mula gelabah dan cuba mengawal rasa maluku tatkala berhadapan dengannya.
Nama enti Natrah Humaira? Tanya Miqdad kepadaku. Na'am ismi Natrah Humaira limaza? Jawabku. Alhamdulillah ana tak salah orang. Sebenarnya ana nak pulangkan diary enti yang tercicir tempoh hari dan ana mohon maaf kerana terpaksa membuka dan baca diary enti kerana ana nak tahu siapakah pemilik buku ini dan ana harap enti sudi maafkan ana atas keterpaksaan ini. Kata Miqdad kepadaku sambil matanya memandang ke arah lain tanpa memandang wajahku. Hanya tuhan sajalah yang tahu betapa malunya diri ini saat mengetahui hal itu. Tunduk aku merenung ke arah kasut yang dipakai Miqdad. Tak sanggup aku memandang wajahnya dek kerana bimbang terkena panahan syaitan.
Tak mengapa Miqdad terima kasih kerana memulangkan diary saya ini dan semoga Allah membalas kebaikan kamu. Ermm.. Saya mintak diri dulu, Assalamualaikum.... Balasku lantas berlalu pergi meninggalkan Miqdad di situ. Ya Allah hanya engkau sajalah yang tahu malunya hambamu ini dengan peristiwa ni. Mengaduh aku di dalam hati. Entah apa yang dibacanya di dalam diaryku.. Aku mula memarahi diri sendiri yang lalai dan cuai hingga diary aku jatuh ke tangan orang lain. Bukankah diary sepatutnya menjadi rahsia hati yang isinya hanya aku dan tuhan yang tahu. Kini masihkah ia menjadi rahsia bila ada orang ketiga yang membacanya? Memberontak aku di dalam hati. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata kerana peristiwa itu....
Keesokan harinya aku ke sekolah seperti biasa tapi masih dihantui peristiwa kemarin. Hari ini adalah hari pemilihan calon bagi setiap lajnah, namaku terpilih sebagai ketua lajnah dakwah. Syukur Alhamdulillah... Kerana aku diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini oleh semua pelajar dan guru. Sekali lagi aku bertemu dengan Mamat poyo ni dan harus berurusan dengannya. Ahmad Miqdad Naufal. Perasaan malu mula menghantuiku. Aku tunduk ke bawah sambil melaksanakan tugasku.
Natrah...
Tahniah, kerana nama enti turut terpilih. Kata Miqdad. Alhamdulillah... Semuanya daripada tuhan. Balasku kepadanya. Dia hanya menghadiahkan senyuman manis kepadaku dan melaksanakan tugasnya. Suasana di kelas tersebut kembali sunyi . Yang tinggal di kelas tersebut hanya aku, Miqdad dan seorang pelajar baru tingkatan 1. Miqdad melaksanakan amanah yang diberi kepadanya oleh Ustazah Fatimah iaitu mengutip setiap borang lajnah. Ustazah fatimah juga merupakan ibu angkatku di sekolah dan sangat rapat dengan ku memintaku untuk membantu pelajar kesayangannya iaitu Miqdad. Untuk kesekian kali aku tersepit.Meronta aku didalam hati agar urusan ku cepat selesai dan segera meninggalkan Miqdad sendirian......
*BERSAMBUNG*
By: Ariqah Rosedan
Karya Penulisan Sulung
No comments:
Post a Comment